·
Kestabilan
dan kemantapan politik di bawah sistem Demokrasi Berparlimen telah membolehkan rakyat
melalui kerajaan yang dipilih merangka, menggubal dan seterusnya melaksanakan
strategi-strategi pembangunan negara.
·
Kerajaan
juga telah berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi
mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara
·
Dapat
menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang menyediakan peluang perkerjaan ,
menambah kemahiran , dan menggalakkan penggunaan teknologi moden bertujuan
mempertingkatkan daya pengeluaran , pendapatan dan kemakmuran negara
·
Kerajaan
menggalakkan sektor swasta melibatkan diri dalam usaha kerajaan bertujuan
memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti
yang lebih tinggi. Contoh kerajaan yang melaksanakan Dasar Persyarikatan
Malaysia.
·
Kerajaan
juga menitikberatkan pelajaran dan pendidikan bertujuan untuk memupuk perpaduan
negaran dan memenuhi keperluan tenaga rakyat Malaysia melibatkan diri
sepenuhnya dalam pembangunan negara.
没有评论:
发表评论